.........السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.........

.........السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.........

30/03/2015

Tips beli kereta cash

CARA BELI KERETA TUNAI – AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI
Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 – D/P RM4000 – bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan…kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64
Kita nak buat begini…
Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 – biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO
Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau “Najib” – fresh graduate yang bekerja dengan swasta).
Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.
2
Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera
Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun.
Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.
Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu…cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah).
Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan “achievement”.
Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.


TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan…anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan.
Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya).
Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang “not bad” lah…jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru…gatal jer nak gi shopping.
Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)
RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k
Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira
Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan
Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi “Nora Danish” (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada.
Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.
Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k).
Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah…and let the money work for you.
Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun…kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan.
Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.
Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang ***** yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar…untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku ***** sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.
Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini.
2
Orang tetap lihat…itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.
Beli kereta untuk keperluan…jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari…jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai.
Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.
Sekian tips kewangan dari kisah sendiri.
Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA.
Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara…maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya.
Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah). Ini bukan isu beli liabiliti dengan tunai satu tindakan kurang bijak…tetapi pada saya, ini cuma satu usaha untuk tidak commit kepada riba termasuk “Riba’ Islamic”.
Selamat mencuba.
Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak…bukan bank datang tolong pun.
SAIFUL NANG
Street Learner
* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja dan tak perlu tiru, ubahsuai mengikut situasi masing-masing. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya
** Untuk tips beli rumah tunai, itu tunggulah…nanti saya sembang lain kali. Boleh sebenarnya kalau nak.
Artikel ini telah digarap dan dikarang sepenuhya oleh saudara Saiful Nang seperti yang dipetik di laman Facebook beliau pada 2 Ogos,2014.

10/03/2015

Permohonan Kemasukan ke UA dan IPTA.


Permohonan UPU secara online untuk kemasukan ke universiti / Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) & Politeknik Premier bagi sesi akademik 2015/2016 dan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awan (ILKA) bagi ambilan tahun 2015.
Berikut adalah info penting mengenaipermohonan kemasukan ke IPTA, Politeknik dan ILKA sesi 2015/2016untuk panduan pembaca.

Cara Memohon ke IPTA menerusi UPU
Permohonan IPTA, Politeknik & ILKA hanya boleh di buat secara online. Berikut adalah cara memohon kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier atau Politeknik Konvensional, METrO dan ILKA.
  1. Beli nombor Unik ID (nombor Pin UPU) di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional. Tarikh beli nombor pin Unik ID UPU bermula pada 19 Januari sehingga 6 April 2015 di semua cawangan BSN di seluruh negara.
    Terdapat dua jenis kategori pembelian No. Unik ID. (Kategori ini adalah berbeza dengan kategori bagi mengemukakan permohonan online):
    • Kategori A
      • Untuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA
      • Harga No. Unik ID Kategori A ialah RM10.60 15.60
    • Kategori B
      • Untuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik
      • Harga No. Unik ID Kategori B ialah RM15.60
  2. Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di pautan berikut:
    Pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan), dan klik butang "Masuk" untuk akses laman utama permohonan.

09/03/2015

Serangan virus 'secure browsing'


TUTORIAL BUANG VIRUS “Secure Browsing” dalam laptop dan pendrive anda. *Penat dah nak buangkan virus ni dalam pc makmal, student dan staf.

Untuk step awal ni nak diingatkan, jangan cucuk pendrive anda dimana2 laptop yang belum lagi dijangkiti virus ini. Macam mana nak tahu laptop dah dijangkiti ke belum, cuba run “End Task” (Ctrl+alt+delete), dan lihat pada tab process:



-Jika ada proses yang bertulis “LCL_SecureBrowsing”  dan“LCL_WebProtected”  itu bermaksud laptop anda sudah dijangkiti virus yang sedang running pada laptop atau PC anda.
-Dan sekiranya tiada bertulis “LCL” bermaksud laptop anda dikira masih belum dijangkiti virus jadi jangan suka2 cucuk pendrive bervirus pada laptop anda sendiri.

Anda takyah susah2 nak format laptop dan pendrive, semua dia akan recover balik. Masa scan, cucuk la pendrive2 bervirus ni sekali, semua akan dibuang. Ini step yang harus anda buat:
1.Download aplikasi ini dulu secara online, Mana tahu pendrive yang dah kena virus kadang2 tak boleh buka.
4.Dan ikut arahan software tersebut dari awal sampai habis. Dan DONE! Aku konfem virus tersebut sudah dibuang. Sekarang anda dah boleh buka pendrive anda macam biasa.
5.Jangan risau, anda tak perlu format pendrive anda kerana, apps ini automatik akan selamatkan file dengan recover balik file anda. dan akan create satu folder dalam pendrive anda dengan nama “Recovery file sesumpahapps”. Senangkan..

Keburukan virus Secure Browsing:
  • Akan menyebabkan ia tersebar ke dalam mana2 laptop 
  • (Virus berantai)
  • Akan menyebabkan file didalam pendrive corrupted 
  • (File tak boleh buka)
  • Boleh berlaku proses background dimana seperti perantaraan untuk hackers menceroboh masuk kedalam laptop anda. (Kurang pasti)
  • Boleh menyebabkan laptop anda berlakunya proses2 yang tidak diketahui

7 SUNNAH RASULULLAH SAW

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
“Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu……..,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ……..Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa……ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
*Marilah kita berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dan Istiqomah dalam melaksanakannya.

08/03/2015

JPA KAJI CADANGAN UMUR BERSARA 62 TAHUN

NIBONG TEBAL, 8 Mac (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengkaji cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya umur persaraan wajib penjawat awam dilanjutkan kepada 62 tahun daripada 60 tahun. 

Namun Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata sebarang keputusan untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam bukan hanya merupakan keputusan JPA tetapi turut melibatkan keputusan kerajaan.

 "Saya kena lihat secara keseluruhan dan mengkaji terlebih dahulu. Ini bukan keputusan JPA sahaja dan ia juga merupakan keputusan kerajaan atau dasar yang kita kena bawa balik kepada kerajaan. 

"Buat masa ini, saya ingat tidak perlu komen panjang mengenai hal berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau merasmikan Pusat Latihan Kemahiran Peringkat Tertinggi CoAS, Institut Kemahiran Tinggi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, di sini. 

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus dan Pengurus Besar Perda, Saringat Hassan.

 Semalam CUEPACS meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam atas alasan negara sedang menuju status negara maju.

 Sementara itu Mohamad Zabidi berkata kerajaan akan memperluas pengambilan pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ke dalam perkhidmatan awam. 

Beliau berkata kini 17 skim perkhidmatan berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diperuntukkan kemasukan di peringkat SKM yang akan diperluas kepada lebih banyak skim perkhidmatan lain.


 "Penjawat awam dengan kelayakan SPM dan memiliki sijil kemahiran akan memperoleh gaji permulaan lebih tinggi dan ini merupakan nilai tambah kepada mereka yang memiliki SKM," katanya.


05/03/2015

Suntikan Vaksin : Wajarkah?



Tempahan Barang Kemas Sempena Hari Lebaran

            Negeri Kelantan merupakan negeri yang kaya dengan kesenian dan budaya masyarakat melayu. Salah satu kesenian yang boleh kita lihat adalah seni pertukangan emas, perak dan tembaga.

Apa yang menarik, hasil kerja tangan tukang-tukang emas, perak dan tembaga Kelantan mempunyai keistimewaan kerana hasil kerja yang halus dan unik serta mempunyai nilai seni yang bermutu tinggi. Setiap bahan (ketulan emas, perak dan tembaga) dibentuk dengan tangan dan gerakan dilakukan dengan berhati-hati dan teliti oleh tukang-tukang emas, perak dan tembaga yang berpengalaman.

Salah satu pusat pertukangan emas, perak dan tembaga yang terkenal di Kelantan kerana mutu hasil kraftangan yang baik dan unik adalah di Kedai emas Sri Kok Majid yang bertempat di daerah Tumpat.


Set Perkahwinan 

Rantai bersama Loket dengan ukiran jawi

Cincin Emas dengan ukiran nama

Cincin Perak lelaki

Tempahan untuk Hari Lebaran ( HAri Raya Aidilfitri ) 2015 bermula sekarang sehingga awal bulan 6. Jika anda menempah barang kemas dgn kami, anda layak menerima hadiah hari raya khas dari kami.( Kerongsang Permata Berkualiti ).

Kami menerima tempahan online Facebok, dan Whatsapp (016-9255295) atau datang ke kedai kami Pasar Pengkalan Kok Majid @ Jeti Kok Majid, Tumpat, Kelantan .






03/03/2015

Maha Pencipta

Bercerita tentang langit- tentu kita terpesona dengan keindahan yang Allah ciptakan..Tahukah kita bahawa Langit yang kita nampak dari tempat kita itu adalah langit Dunia..dan Allah jadikan langit sebanyak 7 lapisan - inilah yang ghaib - Kita hanya diberitahu melalui quran dan hadis - melalui peristiwa Israk mikraj: Nabi tercinta yang naik ke langit dengan izin Allah selepas mohon kebenaran penjaga langit baginda berjaya menembusi langit pertama dan seterusnya bersama rohul kudus yang mengiringi baginda sampai ke sidratul muntaha..(sahih bukhari) 

Allah ceritakan dalam banyak tempat dalam Al-quran dan antara yang boleh dikongsikan di sini..: 
Kejadian langit 7 lapisan dan kukuh beserta perhiasan bintang-bintang... 
Surah 67- Al-Mulk

 [Ayat : 3] Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sesuatu yang tidak seimbang; Maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?           

[Ayat : 4] Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu berbalik kepadamu dengan hampa, sedang ia berkeadaan lemah lesu.                 

[Ayat : 5] Dan sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang. 

Sememang langit itu Allah ciptakan dengan kukuh dan tanpa tiang: Surah 13 (Ar-Ra'd) 

[Ayat : 2] Allah jualah yang meninggikan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia menundukkan matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar untuk suatu masa yang ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu untuk menerima balasan.

 Adanya penjaga Langit: Surah 21 - Al-ambiya'

 [Ayat 32]: Dan Kami jadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka berpaling. 

Hari ini masih cerah

Alhamdulillah...